
Sulit
3 tahun
Gatal Tekak - Adakah Simptom Covid
Doctor, saya mengalami gatal tekak untuk tempoh yang lama. Saya telah membuat ujian RTK dan keputusan negatif. Namun, gatal tekak masih tidak hilang. Is it part of covid symptom? Adakah saya perlu buat ujian sekali lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala kegatalan pada tekak dan telahpun menjalankan ujian RTK untuk Covid-19 yang menunjukkan keputusan positif. Anda ingin mengetahui jika anda perlu menjalankan ujian sekali lagi.
Untuk makluman anda, kegatalan tekak boleh disebabkan oleh beberapa perkara selain daripada jangkitan Coronavirus, iaitu :
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem saluran pernafasan seperti Influenza
- Tonsillitis
- Alahan
- Dehydrasi
- Kesan sampingan sesetengah ubat
Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca gejala anda. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai ujian Covid-19 setelah membuat penilaian terhadap tahap kesihatan anda. Anda boleh menghubungi doktor kami untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.