
rahmat.smh
5 tahun
Gatal Tekak Tapi tidak batuk demam dan selesema
Salam and Hi Dr. sejak semalam 28/3/2020…Selepas bgh tido tekak saya rasa gatal-gatal, seperti hendak batuk tapi tak…2 kali je batk sepnjg hari tersebut…padam malam semlm saya beli gula2 hack dan strepsils …alhmdulillah kurg sikit…
Pada Hari ini 29/3/2020 masih ade rasa tekk gatal, tapi x sakit. Saya tak demam and selesema…
Nak tnya Dr. adakah saya perlu buat saringan Covid 19 atau sakit tekak biasa…?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah gatal tekak dan batuk boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini