
Sulit
4 tahun
Gatal telinga dan sakit kepala
Ank sya berumur 5 tahun dan selalu mengalami kegatalan dlm telinga.dan kadang-kadang secara tiba-tiba dia akan sakit kepala.pada umur 6 bulan.ank sya pernah terkena jangkitan pada telinga.tetapi sudah mendapatkan rawatan. Adakah ini kesan semula jangkitan telinga tersebut.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan telinga gatal seperti:
- jangkitan telinga disebabkan bakteria ataupun virus
- alahan kulit
- eczema
- psoriasis
Penyakit seperti selsema, penyakit flu atau jangkitan pada telinga dan resdung antara penyebab utama sakit kepala kanak-kanak
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.