
Sulit
5 tahun
Gatal, Telur kemaluan bengkak sebelah kiri & Bernanah
Hi doc, i lelaki berusia 33tahun dan sudah berumah tangga…i ingin mendapat nasihat doc serta cara mengubatinya. Masalah yang i hadapi ialah;
- Mengalami kegagatalan & Telur kiri membengkak seperti ada ketulan
- Kulit terbakar selepas mengunakan petua traditional(kapur sireh)
- Selepas kulit terbakar, i mengunakan ubat sapu krim(Fucicort) dalam tempoh 3 hari dari hari kulit terbakar.
- Kulit menjadi kering dan sesetengah tempat dikawasan telur mengeluarkan nanah selepas mengunakan ubat sapu(Fucicort).
Soalan i adakah itu tanda awal siflis? Atau terus berjumpa dengan pakar sakit tuan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah bengkakan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Epididimitis
- Radang testis
- Hydroecele
- Testicular torsion
Memandangkan anda telah menggunakan ubat tersebut namun tidak berkesan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.