sofeaainin97
6 tahun
Gatal teruk di kemaluan
Hai doc… Saya sophie umur 22…belum berkahwin… Sejak beberapa hri lalu saya mengalami sakit dan gatal yang teruk di bahagian kemaluan sehingga sekarang… Ia rasa pedih, panas, tidak selesa, sakit dan gatal… Dan sampai berdarah di bahagian tepi kemaluan… Boleh saya tau jenis pnyakit ini, ada ia merbahaya.? Dan ubat apa yang patut saya ambil dan cara utk kembali normal
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi faraj iaitu:
Vaginosis bakteria . Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
Penyakit kelamin (STD). Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
Jangkitan yis (kandidiasis vagina). Kira-kira tiga daripada setiap empat wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Jangkitan yis berlaku apabila yis, candida, tumbuh berlebihan dalam vagina dan vulva.
Adalah amat disarankan untuk anda berjumpa kembali dengan doktor jika gejala gejala diatas terjadi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































