
Anonymous
5 tahun
Gatal2 dan bisul di peha
saya lelaki, 27 tahun… sy mengali gatal2 di bahagian kelamin,celah paha , lipatan siku dan bawah lutut. sy pernh pergi klinik. tp doctor ckap tiada apa2. satu lg msalah. sebelum n bisul tumbuh die celah paha dan sy telah bedah. tapi skarang ad satu lg bisul bru tumbuh.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan - seperti pada kain, debu atau makanan
- Jangkitan kurap
- Jangkitan kulit -sellulitis/follikulitis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.