
Anonymous
5 tahun
Gatal2 di kelangkang
Hi Doctors, saya mengalami gatal2 di kelangkang dan juga di keliling kawasan luar anus. Boleh cadangkan ape ubat yang perlu saya ambil? Saya ade letak Scabex dan calamine lotion tapi ia mengurangkan rasa gatal sahaja namun tidak menyelesaikan masalah. Gatal2 datang selalunya pada waktu malam dan ketika sedang tidur.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan berlakunya hal ini. Antaranya ialah:
- Kurap disebabkan oleh jangkitan kulit oleh sejenis kulat ( fungi ) yang dikenali sebagai ‘d ermatophyte ’. Diagnosis akan diberikan mengikut kawasan yang dijangkiti.
Berbeza dengan gelaran popularnya iaitu ‘ ringworm ’ (‘ ring ’ = cincin, dan ‘ worm ’ = cacing), penyakit ini bukanlah disebabkan oleh jangkitan cacing. Sebaliknya, gelaran ini digunakan sebagai rujukan kepada bentuk ruam yang terhasil setelah dijangkiti kurap.
Kaedah ubati bergantung kepada luas kawasan yang telah dijangkiti, kurap yang berulang, atau yang tidak sembuh setelah menerima rawatan pertama. Untuk membuat kesimpulan sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.