
Sulit
5 tahun
Gatal2 di kemaluan dan di celah2 sekitar
Hi…sya berumur 36 taun dan saya mempunyai masalah kegatalan di bahagian kemaluan dan sekitar nya di celah2 sejak setaun yg lalu selepas sya mengalami keguguran.gatal2 tersebut sehingga boleh menjadi kesan luka dan pedih apabila terkena air akibat menggaru terlalu agresif.kesan luka tersebut tidak kekal dan tiada nanah atau pendarahan yang berlaku.apakah punca penyebab penyakit kulit ini?saya pernah cuba penyapu cream gatal namun mslh tidak selesai.saya harap doktor boleh menyarankan ubat yg baik pd masalah sya ini.terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kemaluan dan celah kelangkang anda boleh disebabkan:
- Alahan dematitis - pada kain atau seluar anda
- Penyakit kulit seperti ekzema atau psoriasis
- Penyakit kulit disebabkan imun lemah seperti lichen planus/sclerosus
- Jangkitan kulat
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.