
Sulit
5 tahun
Gegata yang sangat gatal dan mengganggu harian
Salam sejahtera doctor,
Sy wanita berusia 24 tahun.
Sy sedang mengalami gegata/sopak garam diseluruh badan. Telah masuk hari ketiga. Ianya tersangat gatal. Bila waktu malam ia akan menjadi lebih teruk. Sebelum ini sy mengambil pil ‘Chlorpheniramine’, dan pil tersebut berkesan bagi melegakan gatal2 tetapi pil tersebut menyebabkan sy jd mengantuk dan susah utk membuat kerja harian dan jaga anak.
Dan sy telah tukar kepada pil ‘Ezede’.
Tetapi tidak memberi kesan kpd sy. Bolehkah sy mkn pil Chlorpheniramine jika sy telah mkn pil Ezede pada masa yg sama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda tidak digalakkan untuk makan kedua-dua pil pada masa yang sama atas sebab kemungkinan terlebih dos. Oleh itu, sekiranya anda ingin menukarkan ubat anda kembali ke Chlorpheniramine, anda boleh berbuat demikian pada dos seterusnya.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.