Sulit
3 tahun
Gegendang telinga sebelab kiri sakit
telinga sebelah kiri saya sakit seperti gegendang di cucuk2,bunyi desingan kuat seperti duduk di tempat sunyi
saya penah tertinggal kapas dalam telinga dan tidak dapat dikeluarkan
mase tu pendengaran semakin kurang seperti ada benda yg tertutup
badan rase macam panas je nak tidur malam pun susah
berdenyut denyut tolong lah beri info pada saya berkenaan sakit ni doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa perkara yang perlu kami dapatkan maklumat lebih lanjut. Pertama, berkenaan kapas yang tertinggal di dalam telinga anda, adakah anda telah mendapatkan rawatan selepas ia berlaku? Atau adakah gejala yang sedang anda alami berlaku selepas perkara tersebut terjadi?
Sakit pada bahagian telinga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Jangkitan atau radang telinga
- Kecederaan pada mana-mana struktur seperti gegendang telinga boleh berlaku sekiranya anda kerap mengorek telinga dengan alat seperti putik kapas
- Masalah saraf telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.