
Sulit
3 tahun
Gejala selepas covid kuarantin
Selamat pagi doktor , saya ingin bertanya , saya adalah pesakit covid dan telah pun mendapatkan rawatan dihospital. Saya baru sahaja discharge pada 5 hari yang lepas . Saya nak tanya adakah ada efek atau gejala kepada bekas pesakit covid selepas rawatan? Sebab sekarang rasa badan lesu dan sengal2 jugak . Batuk dan demam sikit , dan tidak selera makan sangat . Dan adakah saya masih menjangkiti org lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Menurut Center for Disease Control, individu yang telah disahkan sembuh daripada jangkitan COVID-19 tidak dapat menyebarkan virus tersebut kepada orang lain melainkan mereka dijangkiti oleh virus tersebut semula. Setiap individu yang dijangkiti mempunyai respons yang berbeza terhadap virus tersebut, sukar untuk kami katakan bagi pihak anda. Sekiranya anda mempunyai gejala, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini