
liasuhaila1293
5 tahun
Gelembung dalam mulut
Selamat pagi. Saya ingin bertanya… Adakah normal jika terdapat gelembung seperti ketulan berwarna putih di dalam mulut? Kerana ini kali pertama saya mengalaminya. Ia tidak menyakitkan, tetapi mendatangkan ketidakselesaan kepada saya kerana saya tidak pernah mengalami nya sebelum Ini. Adakah apa2 saranan ubat yang perlu diambil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala gelembung putih dalam mulut anda boleh disebabkan:
- Bengkak gusi dan bernanah - akibat kecederaan atau luka
- Bengkak kalenjar air liur - akibat batu karang atau saluran kalenjar tersumbat
- Radang tonsil
- Jangkitan kandidiasis
- Radang lidah - kerana kurang vitamin B
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.