
Sulit
4 tahun
Gelembung hitam diantara gusi gigi garham atas dan bawah
Dinding pipi saya sebelah dalam paling belakang antara gusi atas dan bawah terdapat gelembung hitam kecil .apakah itu dan bagaimana hendak mengubatinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda sedang alami. Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai keadaan anda kerana kami tidak berapa jelas dengan kenyataan anda di ruangan soalan.
Namun begitu, ini antara pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut:
- Ulser
- Darah beku
- Bengkak bernanah (abscess)
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor atau doktor gigi untuk mendapatkan kepastian dan supaya anda menerima rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.