
Sulit
4 tahun
Gementar mendengar berita kemalangan
Saya wanita berumur 24 tahun dan seorang pelajar. Saya ingin bertanya, saya mempunyai masalah dimana apabila saya mendengar khabar berita kemalangan atau dimana orang bercerita mengenai sesuatu yang melibatkan kemalangan dan pendarahan saya mendapati diri saya seperti mahu pengsan dan rasa sengal- sengal di badan. Setiap kali saya mendengar mengenai perkara seperti ini saya akan duduk jauh supaya saya tidak menjadi gementar, lemah lutut seperti hendak jatuh. Boleh saya tahu apakah masalah saya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang bermain di minda anda. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Gangguan emosi atau tekanan hidup
- Post traumatic stress disorder (PTSD)
- Anxiety ataupun masalah kegelisahan atau bimbang
- Penyakit bipolar
- Kemurungan atau depression
- Masalah personaliti
Walaupun begitu, ini hanya pandangan kami secara am dan kami tidak dibenarkan untuk mendiagnos anda. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya anda dirawat mengikut diagnosis anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan ahli psikologi ataupun doktor pakar psikiatri untuk pemeriksaan lanjut.
Pada pendapat dari pihak kami, terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda untuk menghadapai gangguan emosi yang anda tengah hadapi iaitu:
- Hadiri sesi kaunseling mengenai masalah ini dengan pakar psikologi atau pakar psikatri.
- Kerapkan berhubung dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang anda percaya melalui talian dan luahkan perasaan anda bagi mengurangkan perasaan beban.
- Kelilingi diri dengan rakan-rakan serta kenalan yang memahami dan yang memberi sokongan terhadap anda.
- Amalkan senaman yang seimbang. Jika anda mempunyai halangan untuk keluar, anda boleh lakukan senaman dalam rumah untuk meningkatkan keyakinan diri.
- Timbulkan hobi atau minat yang baru yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada gangguan emosi yang dihadapi ketika ini.
- Pastikan anda mendapatkan tidur dan rehat secukupnya.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.