
safwan.shalbi
5 tahun
Genetic Ptosis penyebab juling?
Hello Dr, saya merupakan penghidap genetic ptosis sejak kecil. Semakin membesar saya dapat rasakan mata saya semakin lama semakin juling. Adakah ini normal? Apa yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan juling ? Apakah kesan jika saya melakukan pembedahan? Berapa kosnya? Terima Kasih Dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sekiranya masalah juling yang dihadapi anda menggangu penglihatan anda, konsultasi bersama pakar mata perlu dilakukan bagi melihat jika perlu pembedahan dilakukan. Pembedahan tidak kira kecil atau besar mempunyai risiko masing-masing. Bagi pembedahan berkaitan mata, kesan seperti mata kabur, katarak, buta, jangkitan kuman dan pendarahan mata boleh berlaku. Oleh itu anda perlu mendapatakan nasihat pakar mata berkenaan hal ini. Kos pula adalah tertakluk pada hospital serta jenis prosedur yang digunakan. Sekian.