Sulit
4 tahun
Gerakan bayi.didalam perut
Saya sedang mengandung 39 weeks …normal x …kalau siang baby dalam perut kurang aktif …cuma Ada gerakan halus …tp sebelah malam baby terlampau aktif …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, biasanya para ibu akan berasa pergerakan bertambah pada waktu malam kerana pada waktu itu ibu sedang dalam kondisi berehat. Akan tetapi, harus diperhatikan juga, sekiranya anda merasakan pergerakan janin kurang kerap daripada apa yang anda fikir adalah biasa, sebagiknya anda menjejaki pergerakan janin dengan pengiraan pergerakan janin (juga dikenali sebagai kick counts). Cara untuk menghitung ini adalah anda rekodkan tendangan pertama (biasanya jam 9 pagi) kemudian rekodkan jam tendangan ke sepuluh. Bandingkan dengan hari seterusnya. Sekiranya pergerakan bayi makin menurun, sebaiknya langsung merujuk ke doktor.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.