
Sulit
4 tahun
Gerd.. Anxiety.. Panik dan ulser
Sy wanita 38thn sy ada gerd… Anxiety dan panik… Baru2 ini sy deman 37.8. Flu…batuk…dlm masa yg sama d sertai ulser d lidah… Ada begkak area ulser lepas tu sy terus berfikir adakah ini kanser ka apa… Pikiran sy lebih ke arah sakit kronik… Risau Dan takut Sgt… Tiap hari dok belek2 ulser… Ulser sy baru 3hari sebenarnya… Lidah dan mulut sy kebas sebelum kena ulser lg dah kebas2 on off… Dulu tgn kaki… Kepala…pipi…jari kebas2 ni beralih ke lidah mulut… Dan kebtulan kena ulser ni terus sy berfikir adakah kerana penyakit kronik…ulser sy hidapi skrg Kdg2 sakit sampai ke leher Dan telinga on off…
Mohon penjelasan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ulser di mulut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada lidah yang tidak dirawat sehingga mendapat komplikasi ulser
- masalah dehidrasi
- pembiakan kulat yang dinamakan candida albicans pada permukaan lidah yang boleh menyebabkan komplikasi ulser
- penyakit berkaitan dengan sistem imunisasi
- penyakit kelamin yang merebak ke lidah setelah melakukan hubungan seks oral
- kanser lidah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.