
Sulit
3 tahun
GERD dan rasa sakit dada
Saya wanita umur 23 tahun. Beberapa bulan lepas Dr mengesahkan saya mengalami GERD dan juga vertigo. Waktu bulan puasa saya ada rasa macam nafas pendek tapi tak lama. Lepas buka puasa tu selalunya dah ok. Tapi sekarang saya dah stop ubat yg dr bagi. Tapi dah 3 hari saya rasa sakit dada tapi tak teruk sangat, sakit dada tu sampai ke belakang dan perut saya sangat pedih dan boleh rasa acid naik ke tekak. Adakah sakit dada itu disebabkan acid refluks? Terima kasih Dr.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan GERD. Namun terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit dada seperti:
- Ulser perut
- Gangguan asid dalam perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- gejala berlarutan
- gejala semakin memberat
- kesukaran bernafas
- mual muntah
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.