
Sulit
3 tahun
Getar tangan secara tiba tiba
saya wanita dalam 16 tahun saya mengalami getar tangan secara tiba ii baru ii ini semasa berlaku saya sukar benafas gelisah dan letih adakah ini tanda tanda anxiety?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, anda bimbang jika simptom tangan bergetar, gelisah serta susah bernafas disebabkan masalah anxiety. Kami akan membantu.
Untuk makluman anda, gejala yang dinyatakan boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Adrenalin “rush” dari aktiviti fizikal
- Kurang darah merah (Anaemia)
- Masalah detak jantung tak teratur
- Penyakit tiroid
- Penyakit keresahan (Anxiety Disorder)
Senarai ini hanyalah diagnosis umum perihal masalah anda. Untuk keterangan lanjut, kami menasihatkan agar perkara ini dirujuk kepada doktor anda atau pakar kami secara atas talian.
Anda juga boleh menghubungi persatuan di bawah bagi sokongan emosi tambahan:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
Harap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri