
Sulit
4 tahun
Gigi bayi lambat tumbuh habis
Hi doktor, nak tanya selalunya gigi bawah bayi ambil masa berapa lama untuk tumbuh sepenuhnya? Gigi bawah anak saya dah 2 batang tumbuh tapi hampir 3 bulan masih tumbuh sedikit sahaja. Normalkah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan myang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sebenarnya terdapat suatu tempoh yang berbeza bagi ketumbuhan gigi pertama bagi seorang bayi. Kebanyakan bayi akan tumbuh gigi sekitar usia 6-12 bulan dan akan proses pertumbuhan gigi yang lengkap sehingga 2 atau 3 tahun.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat lanjut. Terima kasih