sitinurhabibah91
6 tahun
Gigi Bengkak Kemerahan
Saya seorang wanita berumur 28 tahun ,baru mencabut gigi dalam seminggu yg lalu.
Saya telah mencabut gigi geraham dibahagian atas paling hujung di klinik pergigian kerajaan.
selepas 3 hari, saya telah mengalami sedikit jangkitan pada gusi dan mengalami masalah “dry soket” pada lubang gigi yg telah dicabut. Doktor bertugas telah memasukkan kapas (gauze) kecil yg telah disapu gel berbau cengkih ke dalam soket gigi saya. Adakah gauze ini akan akan tertanggal sendiri atau bolehkah saya mengeluarkan gauze ini sekiranya saya berasa tidak selesa?
Sekian,terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah pada gigi dan gusi anda ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor gigi. Oleh itu anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi anda bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan rapi bagi mengelakkan jangkitan gusi dan pendarahan berterusan. Sekian




























