
azrulfauzi21
5 tahun
Gigi berdarah cuaca panas
Saya cuma baring maen fon ttbe air liur terasa panas.tengok kt cermin gigi penuh dgan darah. Gigi tu memang dh berlubang rosak n ade daging gusi timbul.nak cabut saya takut. Leher saya juga xselesa. Tp menelan ataw minum ok xde rase susah menelan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Seperti yang kami telah nyatakan sebelum ini, kami tidak boleh membantu anda kerana ia bukan dalam bidang kepakaran kami. Untuk makluman anda, rawatan adalah berdasarkan punca masalah anda. Jika mungkin dikehendaki untuk mencabut gigi atau sebaliknya dan jika ia diperlukan, doktor gigi memiliki kepakaran untuk menjalankan rawatan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.