
Sulit
4 tahun
Gigi berdarah selepas operation gigi bongsu
Sya wanita 30 telah melakukan pembedahan kecil mncabut gigi bongsu… Selepas pembedahan gigi sya masih bdarah…adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya ambil maklum bahawa anda mengalami pendarahan selepas pembedahan gigi dijalankan. Banyak lagi maklumat lain yang harus saya ketahui sebelum memberi jawapan yang anda kehendaki. Bukan itu sahaja, gigi bukanlah bidang kepakaran kami kerana terdapat doktor gigi yang lebih tahu mengenai subjek ini. Oleh itu, berikut hanyalah jawapan am bagi solan anda.
Lazimnya, selepas pembedahan, doktor akan memastikan pendarahan berhenti sepenuhnya sebelum menamatkan pembedahan. Sekiranya pendarahan yang terjadi hanyalah sedikit mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun begitu, juka berlaku banyak pendarahan, anda digalakkan untuk berjumpa kembali dengan doktor gigi anda bagi mendapatkan rawatann lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Moga jawapan ini dapat sedikit membantu anda. Terima kasih