Sulit
2 tahun
Gigi Berlubang tapi sudah divaksin
Saya sudah divaksin 2 dos lengkap akan tetapi gigi saya mengalami masalah berlubang dan perlu ditampal. Bolehkah gigi sya ditampal atau dicabut selepas menerima Suntikan 2 dos lengkap?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda tentang penerimaan vaksin covid-19 dan prosedur cabut gigi. Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, pemberian vaksin tidak mempengaruhi rawatan pergigian anda. Vaksin adalah bertujuan untuk melindungi anda, bukan membahayakan anda. Aktiviti harian anda boleh dilakukan seperti biasa. Anda boleh menampal atau cabut gigi selepas lengkap mengambil vaksin Covid 19.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini