
niniesabri5
5 tahun
Gigi berlubang yang amat sakit
saya lelaki berumur 20tahun , saya mengalami masalah sakit gigi berlubang , boleh saya tahu bagaimana untuk hilangkan rasa sakit gigi berlubang ini ? saya ada satu soalan … jika kita tidak mencabut gigi yg berlubang adakah ia akan merebak pada gigi yg lain ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda gigi berlubang atau “dental caries” yang tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan merebak termasuklah ke jantung yang dikenali sebagai “infective endocarditis” . Komplikasi lain adalah:
- Gigi tercabut dengan sendiri
- Radang gusi (Gingivitis)
- Gigi bernanah (Dental abscess)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi terdekat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.