
Sulit
3 tahun
Gigi dan gusi menyusut
Saya berusia 38 tahun dan mengalami gusi menyusut dan mengakibatkan kehilangan gigi… apakah rawatan utk masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah gusi menyusut sehingga mengakibatkan kehilangan gigi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah penyusutan gusi secara amnya dapat dikaitkan dengan beberapa penjelasan, seperti:
- Impacted teeth atau gigi dan gusi mengalami tekanan disebabkan gigi bongsu yang tumbuh
Atau ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius, termasuk:
- Jangkitan gusi
- Nanah gusi (gum abscess)
- Jangkitan kelenjar air liur
Anda disarankan berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.