Sulit
3 tahun
Gigi geraham berlubang dan tak selesa kita makan
Hi saya indah, berusia 19th. Gigi geraham saya berlubang dan tak sakit, bila makan mengunyah baru terasa sakit. apakah yang saya perlu buat ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu gigi geraham berlubang. Untuk makluman anda, terdapat beberapa hal yang boleh dilakukan untuk mengatasi gigi berlubang, antaranya:
- Mengurangkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
- Menjaga kebersihan mulut-penjagaan mulut yang rapi harus dikendalikan supaya dapat memastikan bakteria tidak dapat membawa malapetaka kepada kita. Penjagaan mulut yang dimaksudkan di sini ialah gosok gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan menggunakan ubat gigi yang baik
- Melawat doktor gigi- doktor gigi akan tampal gigi tersebut untuk menutupkan lubang pada gigi.
Kesakitan pada gigi boleh mengganggu fokus dalam pekerjaan harian. Justeru, anda amat disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan dan mencegah sebarang komplikasi lanjut.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih