
Sulit
4 tahun
Gigi geraham dicabut
Saya baru sahaja mencabut gigi geraham jam 330 tadi,faktor gigi separuh pcah dan sakit,jadi doc bagi pilihan cabut atau rawatan akar,selepas cabut smpai sekarang terasa amat sakit ,wlaupon trlah makan ubat,dan masih berdarah,risau

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kejadian pendarahan berlanjutan merupakan salah satu komplikasi yang kerap berlaku selepas cabut gigi. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang boleh dibahagikan kepada faktor setempat dan sistemik.
- Gangguan kepada darah beku: Ini biasanya berlaku apabila darah beku dalam soket cabutan tidak stabil.
- Tisu hiperimik: Ini bermaksud tisu yang mengelilingi gigi sangat radang dan bengkak dengan salur darah – salur darah kecil. Justeru itu, selepas cabutan gigi, tisu-tisu ini lebih berkemungkinan untuk berdarah secara berlanjutan
- Mengambil makanan atau minuman panas
- Kes cabutan yang sukar atau lama
Jika pendarahan ini berlanjutan dan diikuti dengan rasa sakit yang semakin bertambah, anda dinasihatkan untuk kembali ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.