
Sulit
4 tahun
Gigi goyang kerana tergigit benda keras ketika makan. Saya tidak berasa sakit jika tidak mengunyah. Adakah gigi saya masih boleh diselamatkan?
Gigi saya bergoyang kerana tergigit benda keras ketika makan. Adakah saya perlu mencabutnya atau boleh dibiarkan saja begitu? Saya hanya berasa sakit ketika mengunyah makanan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, anda perlu membuat pemeriksaan gigi terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan gigi tersebut. Sebolehnya, anda tidak digalakkan untuk mencabutnya sendiri melainkan gigi tersebut patah dengan sendirinya atau dicabut oleh doktor gigi.
Kami tidak dapat memberikan kata putus sama ada gigi anda masih boleh diselamatkan atau tidak disebabkan pemeriksaan perlulah dibuat dahulu.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Buat masa ini, kami sarankan anda mengunyah dengan perlahan, potong makanan anda dengan kecil supaya senang untuk dikunyah dan elakkan dari mengunyah menggunakan gigi yang sakit tersebut.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami berkenaan masalah anda. Terima kasih.