
Sulit
4 tahun
Gigi kacip terasa sakit. apakah sebabnya?
saya berumur 16 tahun, gigi kacip bawah saya berasa denyut dan ngilu akibat bengkak. ada sesetengah orang mencadangkan supaya saya berkumur dengan air garam. adakah air garam selamat digunakan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, air garam adalah antibakteria yang semula jadi. Ia membantu untuk mengurangkan bengkak dan mencegah jangkitan. Namun begitu saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor gigi dahulu untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dalam masalah yang anda hadapi. Kemungkinan kesakitan yang anda hadapi adalah disebabkan perkara lain seperti:
- Keradangan pada gusi ( gingivitis )
- Jangkitan kuman
- Kekurangan zat makanan ( malnutrition )
- Gigi bertindan dan tertolak ( impacted tooth )
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.