
Sulit
4 tahun
Gigi kuning saya nak buat macam mana nak bagi putih ye
hi saya berumur 18 tahun dan dapati gigi saya kuning bolehkah saya membeli ubat pemutih gigi di farmasi atau perlu pergi ke klinik gigi terlebih dahulu.jika terdapat ubat pemutih gigi di farmasi bolehke doktor cadangkan beberapa jenama yang saya boleh beli.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda perlu pergi ke klinik gigi untuk diperiksa terlebih dahulu. Rawatan pemutihan gigi hanya boleh dibuat setelah doktor gigi memeriksa gigi anda.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor gigi supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.