
Sulit
4 tahun
Gigi mula jarang sebelum tak jarang, apa faktornya?
hi dr,saya nak tanya kenapa gigi saya mula jarang? dulu tak pun dan kebetulan gigi anak bongsu saya pun sedang tumbuh. apa faktornya? gusi saya rasanya elok sahaja. apa patut saya lakukan? akan bawa kesan apapa ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah gigi.
Untuk makluman anda, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor gigi kerana mereka lebih mengetahui tentang masalah ini. Masalah gigi jarang boleh disebabkan oleh:
- Cabutan gigi yang lepas yang menyebabkan ruang kosong dan gigi mula bergeak memenuhi ruang tersebut menyebabkan gigi gigi lain jarang
- Masalah gusi
- Karies gigi
Anda dinasihatkan untuk ke klinik gigi untuk mendapatkan pemeriksaan yang ebtul dan rawatan selanjutnya.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.