
Sulit
4 tahun
Gigi rahang atas bergoyang pada sebelah kanan dan turut bersama ngilu pada rahang bawah
Gigi saya di bahagian atas berasa amat sakit dan berdenyut…turut juga bergoyang …serta ngilu di bahagian bawah…turut di bahagian diantara hidung dan mulut berasa bengkak pada sebelah kanan…Apa tindakan yang boleh saya buat ye?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- abses digigi
- gigi mereput
- fraktur gigi
- jangkitan gusi
Kami tidak mempunyai kepakaran daripada segi pergigian. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor gigi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.