
Sulit
4 tahun
Gigi sakit apabila gigit
Saya baru lepas pakai braces dan sekarang terdapat sebatang gigi atas saya terasa sakit apabila di gigit dan saya terperasan terdapat tompakkan putih kecil di sekitar bawah gigi tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk pengetahuan anda, adalah biasa untuk berasa sakit ataupun tidak selesa semasa menggigit makanan ketika memakai pendakap gigi (braces). Setiap orang toleransi mereka terhadap sakit tersebut adalah berbeza.
Terdapat sebab lain juga yang mungkin dapat menjelaskan keadaan anda:
- Gigi berlubang
- Jangkitan gusi
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Kami tidak berapa jelas dengan tompokan putih tersebut. Kami sarankan anda hubungi klinik gigi di mana anda membuat pendakap tersebut dan berbincang dengan doktor gigi anda.
Alternatif lain, anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.