
Sulit
4 tahun
Gigi sebelah gigi dicabut sakit
saya baru cabut gigi. gigi tu dia bertindih dgn gigi satu lagi. sblum cabut, dr gigi ada tanya gigi yg mana sakit. tapi saya x sure. jadi dia ketuk2 dua gigi tu. jadi gigi yg bertindih tu yg sakit. jadi dia cabut gigi tu. selepas cabut gigi, bius dh hilang. selepas 8 jam, saya rasa gigi yang satu lagi tu pun tetiba rasa sakit. adakah ini sbb tmpt yg dicabut tu belum sembuh atau mmg gigi tu jugak sakit? skrg bila gigi tu diketuk pun dia sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit gigi.
Untuk makluman anda, ini hanyalah maklumat umum kerana nasihat dari doktor gigi yang merawat anda adalah lebih penting kerana mereka lebih arif tentang situasi anda.
Sakit yang anda alami mungkin disebabkan oleh trauma yang berlaku ketika proses mencabut gigi. Sekiranya anda dipreskripsi dengan ubat tahan sakit oleh doktor, anda boleh cuba untuk makan ubat tersebut bagi mengurangkan sakit. Namun sekiranya sakit tersebut berlanjutan selama beberapa hari atau lebih seminggu, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor yang merawat anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.