
Sulit
4 tahun
Gigitan lipan Di kepala
Saya wanita 19 tahun. Semalam pagi selepas bangun tidur, saya Rasa sakit Di kepala seakan berdenyut Dan bengkak. Kemudian badan saya Rasa lemah hingga ke waktu Malam. Baru tadi ayah check kepala, kata Ada dua mata. Saya nak Tanya adakah gigitan ini bahaya? Dan ubat apa saya perlu ambil untuk redakan sakit?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, terdapat beribu jenis serangga yang mungkin wujud dikawasan tempat tinggal anda. Setiap serangga mempunyai tahapan kebisaan yang berbeza-beza daripada yang biasa-biasa tak sakit sehingga kepada yang merbahaya. Justeru, tanpa mengetahui gambaran gigitan dan gambaran kondisi kulit anda, agak sukar untuk menentukan tahap kebahayaan gigitan tersebut.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sehingga bengkak, dikhuatiri jika dibiarkan akan memburuk. Sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.