
Sulit
4 tahun
Gout sering menyerang. Ubatan yg sesuai utk saya
Hi.sy ada gout.bacaan uric acid 6++.kerap kene serangan di kaki dan tangan walaupun dah pantang makanan dan minuman.apa nasihat doc dan ubat yg sesuai utk saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah Gout yang dialami sejak kebelakangan ini.
Pada biasanya, rawatan untuk penyakit Gout merupakan rawatan yang terkawal yang perlu dipantau oleh doktor dan pihak hospital yang merawat anda. Ubat Gout yang biasa diberikan adalah seperti NSAIDs dan corticosteroid. Namun, ubat-ubat ini juga boleh menyebabkan peningkatan kembali dari segi tahap urik asik dalam badan, dan menyebabkan simptom-simptom gout datang kembali. Rawatan juga terdiri daripada ubat-ubat digunakan untuk mengawal jumlah urik asid badan pada bawah 6 mg/dL, khususnya pada masalah gout yang kronik (berpanjangan). Oleh itu, kami lebih sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda sekali lagi bagi mendapatkan pendapat mereka mengenai rawatan yang wajar diberi menurut situasi anda.
Sementara itu, kami ingin nasihatkan anda untuk melakukan yang demikian bagi mengurangkan masalah gout anda iaitu:
- Amalkan senaman yang sihat
- Banyakkan meminum air dan elakkan dehidrasi
- Kurangkan berat badan
- Elakkan makanan yang mengandungi Purine tinggi seperti daging organ (hati ayam), sardine, ikan bilis, daging lembu, ikan salmon, kerang, ,kambing, dan sumber makanan laut yang berkenaan.
- Elakkan minuan alkohol dan juga bergas yang mengandungi gula diproses.
- Kurangkan garam dalam makanan
- Kurangkan makan makanan yang manis, termasuk jus buah-buahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.