
Sulit
4 tahun
Gugur 3kali,sudah 9tahun berkahwin
Sy baru lewat 5hari,try upt samar2 sangat,risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, kenyataan yang diberikan oleh anda adalah terlalu ringkas dan lebih banyak maklumat diperlukan selain daripada anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputusan kit ujian kehamilan menjadi samar-samar, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan kerana keputusan ujian boleh memberikan keputusan false positive atau false negative. Dengan berjumpa doktor juga, anda boleh berbincang dan diberikan kaunseling mengenai masalah yang dihadapi oleh anda.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.