
nurrawachid
5 tahun
Gugur tapi tiada bleeding dan sakit
Salam doc .saya disahkan gugur pada 10/1/20.doc scan janin tiada hb dan tidak berkembang.ikut kiraan sudah 10 minggu tapi bila scan 9w. Doc Bg saya masa 2 weeks untuk janin keluar sendiri.tapi sampai skrg saya tidak rase sakit dan bleeding .ni kandungan yang ke 2 .yang 1 pon gugur .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, yang dimaksudkan dengan janin tidak berkembang adalah apabila kantung gestational (plasenta) berkembang tanpa pembangunan sebarang struktur embrio (gabungan telur dan sperma yang akan membentuk janin). Keadaan ini juga dikenali sebagai blighted ovum .
Pada kehamilan yang normal, di minggu pertama sehingga kelapan, hal berikut seharusnya telah terjadi:
- Placenta mula terbentuk. (Plasenta ini yang dikenali sebagai kantung)
- Otak dan saraf tunjang mula terbentuk.
- Tisu-tisu yang akan membentuk jantung mulai berdenyut. Justeru, denyutan jantung boleh dikesan dengan ultrasound pada seawal 6 minggu kehamilan.
- Mulai tumbuh benjolan yang akan membentuk anggota tangan dan kaki.
- Mata, telinga, dan hidung mula berkembang. Kelopak mata terbentuk, tetapi tetap tertutup.
- Alat kelamin mulai berkembang.
- Menjelang akhir minggu kelapan, semua organ dan sistem badan utama telah mula berkembang.
Justeru, apabila dari scan mendapatkan janin tidak berkembang, hal ini bermaksud hanya plasenta yang terbentuk namun bahagian-bahagian lain pada janin seperti otak, benjolan anggota, mata, hidung, jantung dan lain-lain gagal berkembang.
Biasanya sistem tubuh wanita akan mengeluarkan sendiri kandungan tersebut. Namun, sekiranya setelah dua minggu janin belum keluar, anda harus berkunjung ke doctor untuk dilakukan prosedur medik bernama D&C bagi mengeluarkan kandungan tersebut.
Untuk info dan maklumat lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.