
Sulit
4 tahun
Gugurkan awal kandungan
Bagaimanakah cara gugurkan kandungan kurang dari 4 minggu, bolehkan dilakukan secara alami atau perlu jumpa doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Menurut keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang situasi yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan juga, berdasarkan SOP umum hospital di Malaysia, indikasi bagi menggugurkan kandungan termasuk:
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si ibu
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si bayi
- sekiranya bayi yang dilahirkan mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan kematian, dll.
Tambahan lagi, anda disarankan untuk terlebih dahulu berjumpa doktor di klinik ata hos[ital yang terdekat bagi mengenal pasti kehamilan dan kesihatan rahim anda. Berbincanglah dengan suami dan keluarga yang tercinta dalam menentukan langkah-langkah selanjutnya dalam menghadapi situasi seperti ini. Semoga keputusan memihak kepada anda sekeluarga.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.