Sulit
3 tahun
Gugurkan kandungan dgn pil
Sy wanita berumur 30 an sy nk bertanya adakah gugurkan kandungan dgn memakan pil dan memasukkan ubat didlm kemaluan adakah ia akan dpt dikesan oleh doktor jika ia pergi ke hospital sbb kematian kandungan ye yg berusia 26 mggu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati. Anda tidak dinasihatkan untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan atas nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku.
Pemeriksaan komprehensif oleh doktor adalah diperlukan untuk mengesan jika terdapat kematian kandungan. Sebaiknya anda merujuk lebih lanjut perkara ini secara langsung kepada doktor di klinik/hospital berdekatan. Hal ini kerana maklumat yang jelas dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui info lanjut tentang masalah ini, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih