
Sulit
4 tahun
Gula dalam darah tinggi
Saya telah membuat ujian darahdan darah saya mendapatai tekanan gula sebanyak 6.7 ade kah saya boleh mengurang kan gula tersebut

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kebiasaannya selepas anda didiagnos kencing manis, doktor akan memberi rawatan kepada anda. Pihak kami tidak boleh memberi rawatan kepada anda kerana kami tidak boleh memberi diagnosis berdasarkan keputusan ujian tersebut.
Namun, anda disarankan:
- mengamalkan pemakanan yang sihat seperti suku, suku, separuh iaitu suku nasi, suku lauk, separuh sayur
- Bersenam
- kurangkan makanan bergula
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.