
Sulit
5 tahun
Gumpalan darah Selepas keguguran
Sya telah keguguran pd 12/10. Selpas seminggu darah nifas tu sy telah kering dari sebarang darag nifas. Smlm pd 17/11 sy telah dtg haid semula. Harini ad gumpalan darah keluar sama mcm gugur haritu cuma tak banyak dan tak besar. Sblm tu perut sy senggugut dan bile dh keluar senggugut tu makin kurang. Kadang2 perut sy cramp. Normal ke? Sy ada buat upt sebelum dtg period bru ni, namun keputusan negatif. Takkn sy pregnant lagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kemunungkinan gumpalan yang keluar adalah gumpalan darah. Untuk makluman anda, darah haid boleh keluar dalam bentuk ketulan darah dan gejala senggugut ketika haid adalah sesuatu yang normal bagi kebanyakan wanita.
Namun begitu, sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap gejala yang anda hadapi atau terhadap kitaran haid anda, sila rujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan yang tepat dapat dibuat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.