
Sulit
3 tahun
Guna kondom dan pancut luar bolehkah mengandung
Selepas 2 hari abis haid kami bersama. Sy mggunakan kondom dan pancut di luar…
Adakah boleh mengandung? Sebab sehingga skrg haid bln ni belum datang…
Sgt keliru…
Mohon jawapan
Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekiranya anda bersama dengan pasangan dengan penetrasi kemungkinan untuk anda hamil adalah tinggi dan bergantung kepada kesuburan anda. Tanpa penetrasi, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Namun begitu sekiranya cecair air mani pasangan termasuk ke dalam faraj, kemungkinan untuk hamil boleh berlaku, Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar\
Untuk mengesahkan kehamilan, anda perlu berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan menjalani beberapa prosedur lain. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.