
Sulit
4 tahun
Gusi bahagian atas sekali tidak selesa
Saya lelaki berumur 24 tahun. Ada satu masa sy sakit gusi bahagian atas dan bawah dekat kawasan gigi menguyah. Sakit blanjut dalam 2 hari lepastu hilang. Satu malam tu dia tiba2 sakit sehingga tidak dapat tidur. Gigi atas tempat gusi sakit sebelum ni rasa macam nak tjatuh (bulan longgar tetapi rasa sakit gigi tu cm ssh sy terangkan). Contoh ketika kita bawa kotak berat dan kotak tu nak tjatuh. Beban dia seperti tu. Masa tu jugak gigi rasa lemah untuk mengunyah kedua2 belah. Jadi sakit tu blanjutan sehingga pagi esoknya. Hari seterusnya sy mula perasan dia rasa tidak selesa di bahagian gusi atas gigi tadi (tempat dia bahgian atas sekali kat bahgian gusi dengan kulit. Dalam bentuk U gusi sehingga bibir luar. Bahagian tu rasa tak selesa ketika cuci muka. Dan juga ketika bcakap rasa sperti gigi rasa ketat ( ketat dia mcm alat yang diletak oleh dr gigi ketika proses tampal gigi) rasa ketat gitu. Adakah benda tu bahaya ataupun tidak. Maaf doktor, sy kurg pandai nak terangkan mcm mana.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Saya tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Untuk masalah perubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.