
Sulit
4 tahun
Gusi belah kiri bahagian belakang sekali sakit berdenyut
Hai doktor.saya perempuan berumur 23 tahun.gusi saya sakit dari semalam.rasa sakit bila mengunyah makanan.hari ni makin sakit,sakit berdenyut sampai ke kepala.tak makan pun sakit apatah lagi makan.bila sentuh dengan lidah sama juga terasa sakit.saya ada sentuh pakai jari.rasa seperti ada gigi.sebelum ni tiada.hanya rasa gusi.bengkak pula bahagian dalam.saya juga sekejap demam sekejap tidak.tapi sakit ni menyebab kan kepala saya juga berdenyut.ubat apa yang perlu saya makan??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dan bengkak gusi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- wisdom teeth impaction
- keradangan akibat jangkitan
- luka akibat trauma semasa mengunyah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.