
Anonymous
6 tahun
Gusi belakang bahagian..gigi bongsu bengkak dan samit
Saya wanita berumur 25 tahun mengalami gusi bengkak ,bedarah dan benanah di gigi bongsu…apa sebab nya dokter…?dah 3 hari dah saya tahan sakit…rasa kembang pipi sebelah kanan…dulu…gigi sebelah kiri…saya dah cabut dah…sekarang ganti sebelah kanan…pulak sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan pihak anda, gejala yang anda hadapi mungkin disebabkan oleh radang pada bahagian gusi gigi bongsu anda. Biasanya gigi bongsu boleh tumbuh secara serong atau menekan gigi lain menyebabkan gusi bengkak dan bernanah.
Sila rujuk kepada doktor gigi bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Kik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.