
nurazila1217
5 tahun
Gusi bengkak akibat gigi geraham
hai doktor, gusi saya bengkak dan selepas saya lihat dgn teliti ada gigi geraham yang telah tumbuh…pada 3-4 hari yg pertama gusi saya sgt sakit sehingga saya xboleh makan atau mengunyab jadi saya hanya makan bubur sahaja…dan setelah saya google perkara seperti ni selalunya perlu dibedah sedikit atau gigi bongsu tu perlu dicabut…namun keadaan gusi saya sudah tidak berapa sakit seperti sebelum ni tapi saya takpasti ianya sudah sembuh atau belum kerana saya masih blum boleh mengunyah fi bahagian tersebut dan sakitnya masih terasa walau sedikit…saya ingin tanya adakah ini proses pembaikkan atau saya masih lagi dalam fasa bahaya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, proses tumbuh gigi gerham berbeza antara individu. Jika sakit anda sudah beransur pulih, maka gigi akan tumbuh seperti biasa. Anda boleh mencuba ubat NSAIDs atau ubat anti radang seperti Mefenamic acid atau Aspirin. Jika berlarutan, anda perlu berjumpa doktor gigi untuk penilaian.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.