
harryamir95
5 tahun
Gusi bengkak dan bernanah selepas mos
Saya berusia 25 tahun dan baru sahaja menjalani pembedahan kecil mulut membuang gigi bongsu 7 hari lepas. Selepas 3 hari dari hari pembedahan didapati kawasan sekitar pembedahan bengkak dan mengeluarkan nanah. Saya merasa sedikit sakit bila mengunyah makanan. Bagaimana mengatasi masalah ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluaran nanah ini bermaksud tempat pembedahan ini telah dijangkiti dan anda perlu berjumpa dengan doktor gigi anda untuk dirawat dengan antibiotik.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.