
dhia5295
5 tahun
Gusi Bengkak dan bernanah
Saya wanita berumur 24 tahun. Dah dua hari mengalami sakit gusi bengkak di gigi geraham bawah kanan paling belakang (berlubang). Doktor ada bagi antibiotik dan ubat tahan sakit. Tapi tiba-tiba nanah keluar dilubang gigi tersebut. Saya sudah berkumur dengan air garam. Tapi nanah masih keluar sedikit demi sedikit. Apa yang perlu saya lakukan untuk berhentikan nanah keluar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh infeksi gigi yang berlubang. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak.
Anda diminta rujuk ke klinik dengan segera supaya doktor menghulurkan rawata yang sesuai bagi nanah.Sila Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih